KUIZM Tandatangani Perjanjian Dengan UIN Raden Fatah, Palembang
GOMBAK, 20 April 2019 - Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara KUIZM dan UIN Raden Fatah, Palembang, Indonesia telah diadakan pada Sabtu lepas di Dewan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, KUIZM.
Seramai 4 orang tetamu dari UIN Raden Fatah yang diketuai oleh Dr. Kusnadi, Dekan Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah menghadiri majlis yang penuh bersejarah tersebut. Turut hadir adalah Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIZM, Ustaz Dato’ Dr. Haji Mahfodz bin Mohamed, Rektor KUIZM Dr. Mohd Zuhdi Marsuki, pengurusan KUIZM, pengetua-pengetua dari beberapa sekolah agama dan tahfiz, serta para pensyarah, kakitangan, alumni dan mahasiswa-mahasiswi KUIZM.
Ihya' Tarbiyah Ramadhan 2019 (IHTIRAM '19)

KURSUS BAHASA ARAB KOMUNIKASI ASAS DI MADINAH
TERINGIN BELAJAR BAHASA ARAB DI BUMI MADINAH SELAMA SEBULAN?
“Tak pernah terbayang dapat melepasi pintu gerbang Universiti di Madinah dengan 'title' penuntut ilmu bahasa Arab walaupun dalam usia sebegini..."
“…Masa nampak iklan kursus bahasa arab di Madinah dua tahun lepas, saya tak dibenarkan daftar sebab khas untuk LELAKI SAHAJA..! Alhamdulillah, kali ni dibuka juga untuk wanita.. Saya WAJIB join kursus yang ni.."
.
"Dah lama mencari Kursus Bahasa Arab di negara arab.. Tapi bila nampak peluang keemasan bukan sekadar belajar Bahasa Arab, dapat juga duduk lama 'dekat' dengan baginda Nabi, saya pasti takkan lepaskan peluang ini..!"
PENDAFTARAN KURSUS PENGUKUHAN BAHASA ARAB DAN BAHASA INGGERIS 2019 KINI DIBUKA

Mukabuku
TV KUIZM