Ustaz Wan Ahmad Rasyidi, Murabithun Yang Tak Didendang
Ustaz Wan Ahmad Rasyidi, Murabithun Yang Tak Didendang
Oleh: Asyraf Hanif
Madinah, 12 Jun - Seluruh kepimpinan dan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendapat perkhabaran duka apabila kehilangan murabithun yang cukup penting di dalam parti iaitu Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman.
Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.18 pagi (waktu Malaysia jam 4.18 petang) di Hospital Dr. Hamid Sulaiman Al-Ahmadi, Madinah Munawwarah kerana serangan penyakit stroke sejak 26 Mac yang lalu.
PERGINYA SEORANG MURABITUN YANG GIGIH
Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Bin Wan Othman, adalah merupakan Bendahari Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), sebuah institusi yang melaksanakan program pendidikan tinggi di bawah PAS. Lebih daripada itu, beliau adalah antara tiga figura utama yang berusaha untuk merealisasikan penubuhan KUIZM lebih satu dekad yang lalu.
Semenjak beliau kembali daripada Universiti al-Azhar Mesir, beliau telah menginfaqkan dirinya sepenuh masa untuk PAS dan lebih khusus lagi Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP). Salah satu fokus beliau yang terpenting di bawah tanggungjawab DUPP ialah untuk membangunkan KUIZM secara spiritual dan fizikalnya.
AL-FATIHAH : UST WAN AHMAD RASYIDI KEMBALI KE RAHMATULLAH
Dukacita dimaklumkan Ustaz Wan Ahmad Rasyidi bin Wan Othman (Ahli Lembaga Pengarah KUIZM) telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11.18 a.m, 8 Syawal 1440H (12/06/2019) di Hospital Dr. Hamid Sulaiman Al-Ahmadi Madinah Al-Munawwarah dan dikebumikan di Perkuburan Baqi’.
(Waktu Malaysia 4.18pm)
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solehin.
Majlis Ifthar Perdana Sumbangan Dana KUIZM

Mukabuku
TV KUIZM