KUIZM Bakal Jalin Kerjasama dengan Sekolah As-Syakirin
Bangi, 28 Mac 2016 : Satu pertemuan dan lawatan pendidikan telah dijalankan di Sekolah As Syakirin cawangan Bangi. Pertemuan empat mata tersebut telah diketuai oleh Ustaz Mohd Farkhan Bin Md Zain selaku Penolog Rektor 1 (HEA) dan berserta tiga lagi pegawai KUIZM iaitu Ustaz Mohd Norhan Bin Hamsi, Penolog Rektor 2 (HEP), Ustaz Azhar Bin Yahya, Ketua Jabatan Muamalat & Kewangan Islam dan Ustazah Nadiah Binti Abd Rahman, Ketua Jabatan Dakwah & Komunikasi.
Ihtifal Amal Islami KUIZM 2016
Alhamdulillah perbagai acara kemahiran amal Islami dipertandingkan dalam Ihtifal Amal Islami KUIZM 2016 yang berlangsung meriah pada 18 & 19 Mac lalu.
Kebanyakan pelajar memanfaatkan peluang yang ada ini untuk mengasah serta mempamerkan bakat-bakat yang ada dalam diri masing-masing. Kemahiran amal Islami ini amat penting untuk dimanfaatkan di medan dakwah apabila mereka terjun ke medan sebenar kelak.
Bengkel Penulisan Mencetus Minat
Taman Melewar, 26 Februari 2016 : Enam belas orang mahasiswa Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah menyertai Bengkel Penulisan dan Penyiaran Media yang diadakan di Bilik Kuliah 3.
Program anjuran Jabatan Dakwah dan Komunikasi KUIZM itu bermula seawal jam lapan malam bersama Encik Wan Nordin selaku pengisi jemputan bengkel tersebut.
MoU bersama Maahad Tahfiz Al Quran Dar Al-Abrar
Bentong, 25 Februari 2016 - Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah melakukan lawatan rasmi ke Maahad Tahfiz Al Quran Dar Al Abrar dalam rangka menjalinkan hubungan kerjasama pendidikan antara kedua-dua belah pihak.
Delegasi KUIZM telah di ketuai oleh Penolong Rektor 1 HEA iaitu Ustaz Mohd Farkhan Bin Md Zain, dan diiringi oleh Pemangku Pendaftar KUIZM, Ustaz Abdul Rauf Bin Abdul Movin serta Ketua Jabatan Muamalat dan Kewangan Islam, Ustaz Haji Azhar Bin Yahya.
Mukabuku
TV KUIZM