
Panggilan Terakhir Pengambilan September 2011

KUIZM Berhasrat Beri Pendidikan Percuma
Kuala Lumpur, 1 Jun 2010 - KELAHIRAN Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) bakal merancakkan lagi dunia pendidikan negara. Gabungan ilmu Islam sama ada thurah atau kontemporari ditambah pendidikan kerohanian menjadikan Kuizm berbeza dengan kolej swasta yang lain. Bagi membicarakan kolej yang diilhamkan daripada tokoh dan cendikiawan Dato' Prof. Dr. Zulkifli Muhammad ini, wartawan NYZA AYOB mendapatkan Rektor Kuizm, Dr. Shahbudin Ngah. Beliau merupakan bekas timbalan pengetua di salah sebuah maktab perguruan serta bekas pensyarah Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan aspirasi PAS bersama Kuizm yang kini, bangunannya hampir 80 peratus siap di Lorong Haji Hassan, Off Jalan Batu Geliga Taman Melewar.
Pengambilan September 2012 : Pendaftaran Dibuka Sekarang
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) sekali lagi membuka permohonan kepada seluruh pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM/STAM dan lain-lain yang layak untuk mendaftar sebagai pelajar KUIZM bagi kemasukan September 2012. Kini KUIZM mempunyai 59 orang pelajar yang sedang menuntut dalam dua bidang yang ditawarkan iaitu Diploma Dakwah & Komunikasi dan Diploma Muamalat & Kewangan Islam. Para pelajar yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang Pengajian Islam disarankan menyertai kami untuk kecemerlangan akademik, akhlak dan syakhsiah. Untuk maklumat lanjut hubungi kami, Ust Mohd Norhan Hamsi | 017-9503455 atau Ust Mohd Najih Irsyad | 019-2322829.
HIRA' Terap Syakhsiah Mahasiswa Berdisiplin
Hulu Langat, 1 Julai 2012 - Sempena cuti akhir semester, Jabatan Hal Ehwal Pelajar KUIZM telah merencanakan satu program khas berteraskan konsep ukhwah, pembentukan sikap dan pemantapan ibadah dari kalangan mahasiswa. Program ini mengumpulkan seluruh pelajar KUIZM bagi mengukuhkan semangat setiakawan dan pembinaan ukhwah dari kalangan mereka disamping dinilai dalam jam kredit pelajar sebagai aktiviti ko-kurikulum.
Pendaftaran Mahasiswa Baru & Lama
Ahlan Wasahlan kepada seluruh mahasiswa/mahasiswi Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) ke pengajian semester baru. Seluruh mahasiswa baru dikehendaki hadir ke kampus KUIZM Taman Melewar untuk sesi pendaftaran dan taklimat untuk Program Suaikenal Mahasiswa Baru. Manakala mahasiswa lama dikehendaki hadir untuk lapor diri dan mengambil slip keputusan peperiksaan. Berikut adalah jadual dan tarikh yang perlu diberi perhatian :-
Artikel lain...
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL


























