K.U.I.Z.M.

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pengambilan Pelajar Baru 19 Mac Di KUIZM

E-mail Cetak PDF

tn_id64Gombak, Selangor, 12 Januari 2011 - Rektor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Dr. Shahbudin Ngah berkata, sehingga kini, KUIZM mempunyai 23 pelajar terdiri daripada 12 lelaki dan 11 perempuan untuk pengambilan pertama pada 25 September tahun lalu. Pengambilan dalam jumlah yang kecil ini, katanya, disebabkan tempat dan penginapan pelajar yang terhad serta beberapa masalah kolej yang belum selesai sepenuhnya.

Beliau berkata, pengambilan akan datang bermula 28 Februari depan dengan kursus yang ditawarkan ialah Diploma Muamalat dan Kewangan Islam; dan Diploma Dakwah dan Komunikasi.

"Mana-mana pelajar Sekolah Menengah Agama dan Maahad Tahfiz yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi mempunyai Empat Senawi atau Sijil Menengah Agama diterima masuk belajar di kolej ini," tegasnya kepada Harakah selepas menerima kunjung hormat PAS Wilayah Persekutuan di Pejabat KUIZM.

Ia diketuai Pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamad bersama Timbalan Pesuruhjaya, Salbiah Abd Wahab; Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, beberapa ahli Badan Perhubungan PAS menyampaikan sumbangan kepada KUIZM sebanyak RM4,100.

Kata Shahbudin, pelajar perlu menguasai bahasa Arab dan Inggeris kerana pembelajaran menggunakan kedua-dua bahasa itu. Pentadbiran kolej juga telah merangka korikulam yang mampu melahirkan graduan yang terbaik untuk masa depan perjuangan Islam dan negara, ujarnya.

You are here: Berita Pengambilan Pelajar Baru 19 Mac Di KUIZM