K.U.I.Z.M.

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Program Pengajian

E-mail Cetak PDF

KULIAH YANG DITAWARKAN

Buat permulaan KUIZM akan menawarkan dua kuliah dan satu kursus pelengkap, seperti maklumat berikut:

  1. Fakulti Syariah (Muamalat dan Kewangan Islam)

  2. Fakulti Usuluddin (Dakwah dan Komunikasi)

  3. Pusat Pengajian Umum (PPU)

 

JUSTIFIKASI PENUBUHAN DUA KULIAH DAN KURSUS PELENGKAP

KULIAH SYARIAH (MUAMALAT DAN KEWANGAN ISLAM)

Penubuhan Kuliah Syariah adalah berlandaskan kepada rasional berikut :

1. Mendedahkan pelajar-pelajar tentang peranan Fiqh Al-Muamalat dalam menangani isu-isu transaksi bisnes di perbankan Islam dan insuran Islam.

2. Menyediakan tenaga kerja yang memahami disiplin Fiqh Al-Muamalat bagi memenuhi tenaga kerja dalam institusi kewangan yang berlandaskan Islam seperti perbankan Islam, Lembaga Tabung Haji dan sebagainya.

3. Bagi memenuhi keperluan semasa yang mendesak kerana kurangnya bidang ini ditawarkan Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS).


KULIAH USULUDDIN (DAKWAH DAN KOMUNIKASI)

Manakala penubuhan Kuliah Usuluddin dalam bidang Dakwah dan Komunikasi adalah berdasarkan rasional berikut:

1. Melahirkan para graduan yang bukan sahaja mahir dalam bidang dakwah secara tradisional tetapi juga mahir dalam bidang komunikasi supaya dakwah dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

2. Menyediakan para du’at yang berketerampilan dan berwibawa menurut peredaran zaman sesuai dengan kehadiran alat-alat komunikasi yang canggih.

3. Bidang baru dalam bidang Usuluddin yang mencantumkan antara dakwah dan komunikasi pasti menjadi pilihan pelajar-pelajar untuk mengikuti program tersebut.

PUSAT PENGAJIAN UMUM (PPU)

Manakala penubuhan Pusat Pengajian Umum (PPU) adalah berdasarkan rasional berikut:

1. Menjana dan mengembang ilmu pengetahuan berlandaskan perspektif umum Islam yang memberi penekanan kepada aspek-aspek ilmu yang bersifat paduan (integrated) antara teori dan praktik.


2. Melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berjiwa Islamik yang sesuai dengan tuntutan semasa mahupun pasaran dan peka terhadapnya.

 

SYARAT KEMASUKAN

LULUS  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana subjek; DAN LULUS Bahasa Arab Tinggi ATAU  Bahasa Arab Komunikasi ATAU

LULUS  Sijil Menengah Agama (SMA)  ATAU  yang diiktiraf setaraf. ATAU

LULUS syahadah tahfiz al-Quran
(Disyaratkan lulus subjek Matematik untuk Diploma Muamalat & Kewangan Islam )

 

YURAN PENGAJIAN

Yuran pengajian setiap semester dikenakan sebanyak RM 1,500.00

You are here: Program Pengajian