pic berita bogor 2019 7
Graduan KUIZM teruskan perjuangan di STEI TAZKIA, Bogor, Indonesia
 
21 Mac 2019 :  Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah menghantar seramai 2 orang graduan KUIZM untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Sekolah Tinggi Ekonomi Islam (STEI) TAZKIA, Bogor, Indonesia.  
 
Kedua-dua graduan tersebut adalah Graduan Diploma Muamalat dan Kewangan Islam yang akan menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Perniagaan dan Pengurusan Islam, Fakulti Ekonomi Islam dan merupakan kumpulan ke-5 yang dihantar KUIZM ke Bogor.
 
Rombongan graduan KUIZM pada kali ini diiringi oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar bin Yahya, Penolong Rektor 2 (HEP) dan Ustaz Muhammad Hafiz Naim bin Raduan, Ketua Jabatan Muamalat & Kewangan Islam. 
 
Alhamdulillah segala urusan pendaftaran para graduan KUIZM di institusi pengajian tinggi tersebut untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda berjalan dengan lancar dan baik.
 
Semoga Allah memberi keberkatan dan kemudahan kepada generasi yang telah dilahirkan KUIZM untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu sebagai persediaan untuk mereka terjun ke medan dakwah sebenar sebagai murabbi ummah.
 
"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"
 
pic berita bogor 2019 7
 
pic berita bogor 2019 2
 
pic berita bogor 2019 3
 
pic berita bogor 2019 6
 
Mukabuku

TV KUIZM