pic iptip 2019 1TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KUDQI JUARA KESELURUHAN SUKAN IPTIP 2019

Jabatan Pengajian Tinggi PAS (JPTP) yang bernaung di bawah Majlis Pendidikan PAS (MPP) mengucapkan tahniah kepada Kolej Universiti Islam Darul Quran Islamiah (KUDQI) kerana telah muncul sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Antara IPTI PAS (IPTIP) yang berlangsung dari 15 hingga 16 Mac 2019 di kampus KUDQI Terengganu.

pic iptip 2019 1

 

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KUDQI JUARA KESELURUHAN SUKAN IPTIP 2019

Jabatan Pengajian Tinggi PAS (JPTP) yang bernaung di bawah Majlis Pendidikan PAS (MPP) mengucapkan tahniah kepada Kolej Universiti Islam Darul Quran Islamiah (KUDQI) kerana telah muncul sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Antara IPTI PAS (IPTIP) yang berlangsung dari 15 hingga 16 Mac 2019 di kampus KUDQI Terengganu.

Kejohanan tersebut turut disertai oleh kontijen dari Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). Sukan IPTIP adalah kejohanan sukan yang dianjurkan dua tahun sekali melibatkan ketiga-tiga IPT PAS yang bernaung di bawah MPP.

Menjadi harapan pihak JPTP agar IPTIP kali ini telah berhasil merapatkan ukhuwah sesama IPT yang bernaung di bawah MPP di samping melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cergas dan cerdas ke arah kecemerlangan dalam segenap lapangan.

USTAZ DR. MOHD ZUHDI MARSUKI
Ketua, Jabatan Pendidikan Tinggi PAS
Majlis Pendidikan PAS
merangkap
Rektor KUIZM

9 Rejab 1440 / 16 Mac 2019

pic iptip 2019 2

 

pic iptip 2019 3

 

 

 

 

Mukabuku

TV KUIZM