GOMBAK, 11 SEpos umec 2019 2PTEMBER : Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar bakal mengajurkan Seminar Ekonomi Ummah (UMEC) pada 19 Oktober 2019 bertempat di Dewan Dato’ Hj Fadhil Mohd Noor, KUIZM.

Ketua Jabatan Muamalat dan Kewangan Islam, Ustaz Muhammad Hafiz Naim Raduan berkata, “Seminar ini adalah merupakan salah satu platform untuk KUIZM berkongsi maklumat tentang konsep ekonomi Islam dan aplikasi dalam masyarakat.”

“Seminar Ekonomi Ummah (UMEC) ini merupakan sebahagian daripada usaha memberikan kefahaman tentang membumikan syariah di Malaysia dalam aspek ekonomi. Dijangkakan antara 500 hingga 600 peserta bakal menyertai seminar ini yang penyertaannya terbuka kepada semua peringkat dengan yuran yang sangat berpatutan”

 

Tambahnya lagi, “Seminar ini di susun setelah melihat fenomena konsep muamalat yang ada di Malaysia hari ini yang sarat dengan masalah kos sara hidup yang tinggi, tekanan cukai dan keperluan rakyat yang semakin hari semakin meruncing. Masalah-masalah ini akhirnya menyumbang timbulnya masalah yang baru di kalangan masyarakat.”

Seminar ini diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat tentang pentingnya ekonomi Islam dalam kehidupan dan merungkai penyelesaian yang disediakan oleh Islam.

Barisan ahli panel yang terlibat dalam kalangan profesional ekonomi dari dalam dan luar negara seperti YM Dato’ Raja Idris Raja Kamaruddin (Pengerusi TDM Berhad), Assoc. Prof Dr. Murniati Mukhlisin (Rektor Institut TAZKIA, Bogor Indonesia), Tuan Izzam Khazar (Mantan Pengurus Syariah Noor Investment Group) Dubai, Tuan Suzardi Maulan dan ramai lagi.

Pendaftaran telah dibuka sehingga 14 Oktober 2019, dapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) iaitu kuizm.org/umec atau hubungi talian hotline KUIZM 010- 356 5616.

log kuizm

Log Masuk

Emel

log kuizmorg

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02

Mukabuku

TV KUIZM