ust wan 3

Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Bin Wan Othman, adalah merupakan Bendahari Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), sebuah institusi yang melaksanakan program pendidikan tinggi di bawah PAS. Lebih daripada itu, beliau adalah antara tiga figura utama yang berusaha untuk merealisasikan penubuhan KUIZM lebih satu dekad yang lalu.

Semenjak beliau kembali daripada Universiti al-Azhar Mesir, beliau telah menginfaqkan dirinya sepenuh masa untuk PAS dan lebih khusus lagi Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP). Salah satu fokus beliau yang terpenting di bawah tanggungjawab DUPP ialah untuk membangunkan KUIZM secara spiritual dan fizikalnya.

ust wan 3

PERGINYA SEORANG MURABITUN YANG GIGIH

Tanpa usaha gigih beliau bersama Almarhum Ustaz Mohd Zin Abdul Rahman dengan dorongan kuat Almarhum Tuan Guru Harun Taib yang merupakan Ketua DUPP pada ketika itu, KUIZM mungkin belum terjelma seperti pada hari ini. Setelah hampir satu dekad, KUIZM telah melahir lebih seratus graduan di peringkat diploma dan sijil.

Mewakili pihak KUIZM, saya mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga Ustaz Wan Ahmad Rasyidi yang telah kembali menemui Allah Yang Maha Pencipta di bumi kekasihNya, Rasulullah saw. Semoga beliau mendapat pahala berlipat ganda dan terus mengalir selagi mana KUIZM yang beliau pelopori terus melahirkan generasi Murabbi ke arah memacu kecemerlangan ummah.

Dr Mohd Zuhdi Marsuki
Rektor KUIZM

9 Syawal 1440
13 Jun 2019

ust wan 3

log kuizm

Log Masuk

Emel

log kuizmorg

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02

Mukabuku

TV KUIZM