berita umec 1

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, menyatakan tidak harus memberi hutang kepada golongan fakir dan miskin kerana ia boleh membawa kepada permusuhan sesama manusia. Sebaliknya, terhadap golongan ini, yang diperintahkan ialah memberi bantuan dan pertolongan supaya mereka boleh keluar dari kemiskinan.

Di dalam ucap utama yang disampaikan dalam Perasmian Seminar Ekonomi Ummah anjuran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Dr Nik Muhammad Zawawi menegaskan golongan fakir dan miskin tidak berupaya untuk membayar hutang, justeru jika mereka terbeban dengan hutang menyebabkan mereka terdorong memusuhi golongan kaya.

 Selain daripada itu, golongan kaya yang memberi hutang pula akan merasa marah disebabkan mereka yang berhutang dari kalangan fakir dan miskin tidak melunaskan hutang mereka. Situasi ini akhirnya akan mencetuskan permusuhan sehingga berlaku ketidakharmonian dalam masyarakat.

Keberkatan ekonomi dalam sesebuah negara turut disumbangkan oleh doa golongan fakir dan miskin, serta kuasa beli dan peluang ekonomi yang ada pada golongan ini melalui bantuan yang diberikan. Di dalam Islam, kemakmuran ekonomi bukan dijana oleh hutang tetapi dijana oleh saling tolong menolong sesama manusia.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda dijemput untuk melihat galeri gambar program Seminar Ekonomi Ummah di http://e-galeri.kuizm.net/index.php/program/seminar-ekonomi-ummah/

log kuizm

Log Masuk

Emel

log kuizmorg

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02

Mukabuku

TV KUIZM