SERDANG, Ahad – AssSKAQ 4yakirin Learning Group Sdn Bhd (ALG SDN BHD) telah mengadakan Seminar Keluarga Quran bertempat di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 Julai 2019 Ahad lalu. Program ini adalah anjuran bersama Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ibubapa masa kini dalam membentuk keluarga quran melalui cara pendidikan yang dianjurkan di dalam surah Luqman yang disampaikan oleh panel Ustaz Dr Muhammad Zuhaili Saiman di slot pertama.
Manakala, pada slot kedua diadakan forum : Quran Penawar Masalah Anak yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman dan Dr Hakim bin Zainal.

Program ini mempunyai tiga peringkat program yang dijalankan serentak di dewan yang berlainan iaitu Seminar Keluarga Quran yang disertai oleh ibubapa, Program remaja : What Next? yang disertai oleh remaja yang berumur sembilan hingga 17 tahun dan Program Nursery bermodul : Anak Pintar Iqra’ yang disertai oleh peserta berumur satu hingga lapan tahun.


Pihak penganjur telah membentuk satu program ini adalah untuk satu keluarga megikut peringkat umur mengikut garis panduan islam yg ditetapkan di dalam quran.


Program ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai 85 orang keluarga peserta yang penyertai program ini dan mereka melahirkan rasa seronok dan bermanfaat menyertai program sebegini.

SKAQ 1

SKAQ 2

SKAQ 4

 

 

log kuizm

Log Masuk

Emel

log kuizmorg

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02

Mukabuku

TV KUIZM