Taman Melewar, 9 Mei 2012 - Talk Show Motivasi bertemakan “ Mumtaz Untuk Semua, Kegemilangan Milik Bersama” anjuran Lajnah Pendidikan & Penyelidikan MPMK telah diadakan di Dewan Dato' Hj Fadzil Nor sempena menhadapi peperiksaan tidak lama lagi. Dua orang ahli panel yang dijemput merupakan mahasiswa cemerlang KUIZM semester lalu iaitu Akh Muhammad Yusri bin Damili daripada Jabatan Dakwah & Komunikasi dan Ukhti Nurul Aiman binti Mohd Shafie daripada Jabatan Muamalat & Kewangan Islam telah hadir untuk mengisi program tersebut.
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad
Talkshow Motivasi Suntik Semangat Capai Mumtaz
Lawatan Ke Bank Islam Tambah Pengalaman
Bukit Damansara , 19 April 2012 - Jabatan Muamalat & Kewangan Islam KUIZM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Lawatan tersebut disertai 11 orang mahasiswa/wi bersama pensyarah pengiring Ustaz Mohd Noor bin Muhamad serta pendaftar Tn Haji Banhawi Mohamad.
KIDU, KUDQI dan KUIZM Sepakat Tubuh Jawatankuasa Teknikal Bersama
Taman Melewar, 16 April 2012 - Buat julung kali Institut Pengajian Tinggi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersua muka dalam pertemuan sidang meja bulat yang berlangsung semalam bertempat di Bilik Mesyuarat KUIZM. Pertemuan berlangsung pada jam 3.00 petang dihadiri wakil-wakil dari setiap kolej. Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) selaku penganjur persidangan kali ini diwakili lima orang pegawai yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Hj. Zawawi B. Hj. Ahmad manakala Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah (KUDQI) diwakili dua orang pegawai yang diketuai Unit Hal Ehwal Akademik, Ustaz Mohd Su'ud Bin Said.
Pengambilan September 2012 : Pendaftaran Dibuka Sekarang
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) sekali lagi membuka permohonan kepada seluruh pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM/STAM dan lain-lain yang layak untuk mendaftar sebagai pelajar KUIZM bagi kemasukan September 2012. Kini KUIZM mempunyai 59 orang pelajar yang sedang menuntut dalam dua bidang yang ditawarkan iaitu Diploma Dakwah & Komunikasi dan Diploma Muamalat & Kewangan Islam. Para pelajar yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang Pengajian Islam disarankan menyertai kami untuk kecemerlangan akademik, akhlak dan syakhsiah. Untuk maklumat lanjut hubungi kami, Ust Mohd Norhan Hamsi | 017-9503455 atau Ust Mohd Najih Irsyad | 019-2322829.
MPMK Anjur Program Kemasyarakatan Beri Khidmat Sosial
Pinggiran Batu Caves, 31 Mac 2012 – Kem Smart Solat & Family Day Al-Nasuha anjuran Lajnah Kebajikan, Ekonomi & Penempatan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) telah berjaya diadakan di Masjid An-Nur Wira Damai, Pinggiran Batu Caves, Selangor. Program yang diketuai oleh saudara Mohd Hashif Musalizar selaku pengarah program telah menarik minat seramai 43 orang peserta terdiri daripada anak-anak yatim yang bernaung di bawah Yayasan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha.
Lawatan KUDQI Ikat Tautan Hati
Taman Melewar, 6 April 2012 - Lawatan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) ke KUIZM pada hari Jumaat lepas mengikat tautan hati menjalinkan ukhwah. Rombongan seramai 78 orang terdiri daripada ikhwah dan akhawat tiba di perkarangan KUIZM pada jam 7.30 pagi. Rombongan diketuai oleh Ust Nik Mohd Nor B. Nik Mat tiba dengan dua buah bas telah disambut oleh Pegawai HEP KUIZM Ust Mohd Norhan Hamsi. Para tetamu dijemput menjamah kudapan pagi sebelum masuk ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat ringkas berkaitan KUIZM.
Hari Sukan KUIZM Disambut Meriah
Gombak, 24 Mac 2012 - Lajnah Rehlah, Sukan & Kesenian Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar KUIZM buat julung kalinya mengadakan Hari Sukan KUIZM pada hari Sabtu, 24 Mac 2012 yang lau. Acara tersebut telah diadakan di beberapa tempat yang berbeza di sekitar Gombak dan Taman Melewar. Suasana pada hari sukan amat meriah. Acara dimulakan dengan perasmian Hari Sukan KUIZM yang telah disempurnakan oleh Rektor KUIZM Dr. Shahbudin bin Ngah. Dalam ucapannya, beliau berharap agar program ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya serta mencapai objektif dan matlamatnya iaitu mengukuhkan lagi ukhuwah antara kakitangan dan para pelajar KUIZM.
JHEP Anjur Lawatan Ke Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur, 22 Mac 2012 - Lawatan ke Parlimen Malaysia anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) KUIZM baru-baru ini mendedahkan kepada mahasiswa KUIZM perjalanan sidang parlimen di Dewan Rakyat. Persidangan tersebut merupakan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas (2012). Seramai 60 orang mahasiswa/wi KUIZM serta beberapa pegawai pengiring hadir mendengar perbahasan parlimen tersebut. Turut mengalu-alu dan menyambut kedatangan kami Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Pn. Hjh. Siti Zailah Mohd Yusof yang menanti kami di kawasan pemerhati Dewan Rakyat.
Kunjungan MADA Eratkan Jalinan Institusi Pendidikan Islam
Taman Melewar, 19 Mac 2012 - Lawatan Ilmiah guru-guru Maahad Darul Anuar (MADA), Pulau Melaka, Kelantan Darul Naim ke KUIZM baru-baru ini mengukuhkan lagi ikatan institusi pendidikan Islam di samping dapat bekerjasama meningkatkan kualiti pendidikan dan pengajian Islam. Kunjungan ilmiah tersebut dihadiri 15 orang guru dan diketuai oleh Tuan Pengetua MADA al-Fadhil Ustaz Nik Omar Nik Abd Aziz. Pihak KUIZM mengalu-alukan kehadiran rombongan dan mereka disambut pada jam 2.00 petang, kemudian di bawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat ringkas berkaitan KUIZM.
Lawatan Maahad Darul Quran Rusila Ke KUIZM Penuh Mahabbah
Taman Melewar, 11 Mac 2012 - Lawatan Thaqafah Lil Qiyadah Maahad Darul Quran Rusila ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) baru-baru ini diadakan penuh mahabbah dan mawaddah. Ahli rombongan terdiri daripada 50 orang pimpinan pelajar termasuk guru pengiring Al-Fadhil Ustaz Mohd Rusli B Ahmad. Pihak KUIZM amat berbesar hari di atas kunjungan mereka di samping dapat berkongsi ilmu dan pengalaman.
KUIZM Terima Kunjungan Wakil YaPEIM
KUIZM, 21 Februari 2012 - Pertemuan ringkas dalam taklimat berkaitan kepentingan sumbangan amal jariah oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM) baru-baru ini, banyak memberi pendedahan kepada warga staf KUIZM mengenai konsep jariah dalam Islam. Taklimat yang disampaikan oleh Saudara Bukhari banyak menerangkan bagaimana dana sumbangan umat Islam dikumpulkan kemudian diagihkan bagi menjana dan menyokong kemajuan umat Islam dari aspek sosioekonomi secara kolektif.
Daurah Kitab Pembuka Tirai Semester Baru
Taman Melewar, 25 Februari 2012 - Lajnah Dakwah Dan Tarbiyah Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar KUIZM telah berjaya menganjurkan Program Daurah Kitab buat julung kalinya. Program tersebut telah dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 Februari 2012 bertempat di Surau Haji Hassan Shukri. Kitab yang telah dipilih untuk daurah kali ini ialah kitab Ta’alim Muta’allim Thoriqu Ta’allum yang dikarang oleh Syeikh Zarnuji. Pemilihan kitab ini adalah bertepatan dengan situasi para mahasiswa yang baru sahaja memulakan semester baru perkuliahan pada 20 Februari yang lepas.
Ahlan Wa Sahlan Kepada Mahasiswa Baru
Gombak, 18 Februari 2012 - Kemasukan mahasiswa baru ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) baru-baru ini amat dialu-alukan seluruh warga KUIZM. Seramai 17 orang mahasiswa baru berjaya didaftarkan pada sesi kemasukan Februari 2012 kali ini. Satu program khas yang dinamakan Program Suaikenal Mahasiswa Baru (PSMB) telah disusun oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim bersama mahasiswa lama serta menyampaikan introduksi berkaitan KUIZM.
Program dimulakan dengan majlis perasmian oleh Dr. Shahbudin Ngah kemudian diikuti dengan slot introduksi KUIZM yang disampaikan oleh Pegawai Tadbir Ust Mohd Norhan Hamsi. Dalam majlis tersebut, mahasiswa baru didedahkan struktur pentadbiran, pendaftaran subjek mengikut semester serta panduan dan peraturan am pelajar.
Panggilan Terakhir Kemasukan Pelajar Februari 2012

Artikel lain...
- KUIZM Terima Kunjungan Mahabbah Yayasan Pusat Pengajian Pattani
- Rehlah Ke Banting Mengambil 'Ibrah & Meneladani Sejarah
- Tafaqquh Intensif Ke Pondok Bustanul Ariffin Bentuk Jiwa Ulama
- Sambutan Maulidur Rasul 1433H di KUIZM
- Haflah Khitam : Muhasabah Dan Motivasi Untuk Semester Depan
- Imtihan Sebagai Medan Pengukuhan Ilmu
- Imtihan : Manfaatkan Sepenuhnya Minggu Ulangkaji
- Hari Keluarga : Rapatkan Ukhuwah Rehatkan Minda
- KUIZM Sasar 100 Mahasiswa Baru Pengambilan Sesi Februari 2012
- Kursus Kepimpinan Islam Bentuk Mahasiswa Proaktif
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL
- «
- Mula
- Sebelum
- 1
- 2
- 3
- 4
- Seterusnya
- Tamat
- »




























