
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad
Panggilan Terakhir Kemasukan Pelajar Februari 2012

KUIZM Terima Kunjungan Mahabbah Yayasan Pusat Pengajian Pattani
Taman Melewar, 8 Februari 2012 - Seramai 50 orang ahli rombongan daripada Yayasan Pusat Pengajian Pattani, Selatan Thailand mengadakan kunjungan mahabbah ke KUIZM baru-baru ini. Rombongan yang terdiri daripada Persatuan Aman Pattani (AMANI) dan Persatuan Tadika Selatan Thailand tiba di KUIZM pada jam 4 petang. Pihak KUIZM berbesar hati menerima kunjungan mahabbah dari pihak rombongan serta mengalu-alukan kedatangan rombongan yang diketuai oleh al-Fadhil al-Ustaz Ramli Syihabuddin selaku Ketua Yayasan Pusat Pengajian Pattani.
Rehlah Ke Banting Mengambil 'Ibrah & Meneladani Sejarah
Banting, 2 Februari 2012 - Selepas berhempas pulas menempuh minggu-minggu peperiksaan dengan usaha dan keringat, Lajnah Rehlah, Sukan & Kesenian MPMK dibawah Ketua Lajnah Saudara Fadzrul Akil Awal menganjurkan satu rehlah ke Jugra, Banting. Program rehlah tersebut bertujuan merehatkan minda setelah tamat imtihan dan merenung kembali peristiwa sejarah pemerintahan Kesultanan Melayu Di Selangor. Di samping itu, lawatan tersebut dapat memberi pendedahan dan pengajaran (ibrah) kepada seluruh pelajar bahawa peninggalan sejarah zaman lampau dapat memberi kita satu teladan yang baik untuk dicontohi dan teladan buruk untuk dijauhi.
Tafaqquh Intensif Ke Pondok Bustanul Ariffin Bentuk Jiwa Ulama
Dengkil, 28 Januari 2012 - Cuti semester yang bermula hujung Januari lalu, pelajar KUIZM telah memanfaatkannya ke Program Pengajian Intensif Di Pondok Bustanul Arifin, Labohan Dagang, Dengkil, Selangor Darul Ehsan. Program anjuran Lajnah Dakwah & Tarbiyah Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) dibawah seliaan ketua lajnah Saudara Mohd Syafie Md Yunus telah dirancang awal sebelum minggu peperiksaan lagi. Program ini bertujuan meningkatkan lagi ilmu yang telah dipelajari secara tafaqquh bagi mendalami permasalahan fiqh secara asas di samping dapat menyelami suasana pembelajaran secara pondok.
Sambutan Maulidur Rasul 1433H di KUIZM
" Kenali Nabi, Cintai Nabi, Perjuangkan Nabi". Itulah tema sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H yang bakal diadakan di KUIZM pada 13 Rabiul Awal 1433H bersamaan 6 Februari 2012. Program yang dianjurkan Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Majlis Tafaqquh & Tarbiah (MAQTAR), Urusan Ulama PAS Kawasan Batu dan KUIZM sendiri berhasrat menyemaikan semangat cintakan nabi serta menghayati dan mengamalkan sunnahnya di kalangan masyarakat sekitar Kuala Lumpur.
Haflah Khitam : Muhasabah Dan Motivasi Untuk Semester Depan
Gombak, 26 Januari 2012 - Majlis Penutupan Semester bagi September 2011 - Januari 2012 telah berlangsung baru-baru ini dengan jayanya. Majlis yang juga dinamakan sebagai Haflah Khitam turut dihadiri tuan rektor, pendaftar, para pensyarah dan staf pentadbiran. Dalam pertemuan tersebut, para pelajar diseru bermuhasabah sepanjang perjalanan semester yang lalu serta cetuskan motivasi yang tinggi untuk menempuh semester akan datang. Program yang berlangsung pada 11.00 pagi tersebut bertujuan mengumpulkan para pelajar ikhwah dan akhawat untuk memberi makluman serta mengeratkan lagi ikatan ukhwah di antara mereka sebelum pulang pada cuti semester akan datang.
Imtihan Sebagai Medan Pengukuhan Ilmu
Gombak, 18 Januari 2012 - Imtihan Akhir Semester September 2011 - Januari 2012 telah bermula pada 16 Januari 2012 baru-baru ini. Imtihan yang berlangsung di Dewan Dato' Hj Fadzil Mohd Noor memuatkan seluruh pelajar KUIZM bagi setiap semester dan kuliah. Perjalanan sepanjang imtihan berjalan lancar seperti yang disusun sebelum ini oleh Unit Peperiksaan KUIZM. Turut hadir Tuan Rektor Dr. Shahbudin Ngah pada hari pertama bagi meninjau kelancaran imtihan di dalam dewan tersebut.
Imtihan : Manfaatkan Sepenuhnya Minggu Ulangkaji
Gombak, 6 Januari 2012 - "Pelajar hendaklah memanfaaatkan minggu ulangkaji semaksima mungkin" tegas Ust Mohd Juzaili dalam Taklimat Imtihan yang diadakan baru-baru ini di Bilik Seminar KUIZM. Beliau yang juga Ketua Unit Peperiksaan mengingatkan disiplin para pelajar ketika memasuki dewan peperiksaan ketika waktu peperiksaan yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.
Hari Keluarga : Rapatkan Ukhuwah Rehatkan Minda
Gombak, 31 Disember 2011 - Buat julung kalinya program yang berkonsepkan membina ukhuwah dan merehatkan minda berjaya diadakan di Kem Seri Raudhah, Gombak. Program yang sinonim dengan nama Hari Keluarga telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar KUIZM dan Lajnah Sukan, Rehlah, dan Keseniaan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) yang melibatkan para pelajar serta kakitangan KUIZM dan turut serta ahli keluarga mereka. Seramai 54 orang hadir secara keseluruhannya bagi menjayakan program tersebut.
KUIZM Sasar 100 Mahasiswa Baru Pengambilan Sesi Februari 2012
Gombak, 28 Disember 2011 - Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) mensasarkan 100 pelajar baru bagi pengambilan Februari akan datang. Setakat ini, KUIZM menawarkan dua program pengajian peringkat diploma dan akan bertambah dari semasa ke semasa bersesuaian dengan keperluan masyarakat.
Kursus Kepimpinan Islam Bentuk Mahasiswa Proaktif
Gombak, 9 Disember 2011 - Kursus Kepimpinan Islam (KKI) yang berlangsung selama tiga hari baru-baru ini berjaya dijalankan dengan jayanya. Kursus ini dilaksanakan berdasarkan matlamat penubuhan kolej ini untuk melahirkan mahasiswa/wi dae'i yang proaktif, bermotivasi serta jelas dalam tujuan menuntut ilmu. Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) KUIZM ini dibimbing oleh Ust Mohd Norhan Hamsi selaku Pegawai HEP dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM telah berlangsung di Bangunan Kohilal yang terletak di Diamond Square, Off Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
Ijtima' Tolabah Kali Ke-4 : Komitmen Sebagai Pelajar Perlu Berterusan Dan Menyeluruh
KUIZM, 2 Disember 2011 - "Komitmen sebagai seorang pelajar lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim hendaklah berterusan dan menyeluruh" saran Dr. Shahbudin Ngah dalam Ijtima' Tolabah baru-baru ini. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut para pensyarah dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) mendengar saranan dan harapan dari rektor KUIZM. Dalam pertemuan tersebut, rektor juga menekankan dari sudut disiplin pelajar dan komitmen kepada beberapa aspek lain seperti komitmen sebagai pelajar Muslim, komitmen dalam taat kepada suruhan Allah, komitmen dalam menjaga amanah ibu bapa, komitmen kepada jamaah Islam dan sebagainya.
Ceramah Hijraturrasul 1433H Dapat Sambutan
KUIZM, 23 November 2011 - Sempena menyambut kedatangan Awal Muharram 1433H, Muslimat PAS Kawasan Batu dengan kerjasama Lajnah Dakwah dan Tarbiyah Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM telah mengatur satu slot pengisian berkenaan Hijraturrasul dan awal Muharram bagi meningkatkan lagi kefahaman dan penghayatan terhadap ajaran Islam.
Ijtima' Tolabah Kali Ke-3 : Syakhsiah Mahasiswa Perlu Ditingkatkan

Gombak, 18 November 2011 - "Mahasiswa KUIZM perlu tingkatkan syakhsiah diri serta perbaiki akhlak untuk menjadi pejuang agama Allah yang cemerlang" tegas Ust Azhar Yahya yang menggantikan ucapan rektor dalam Ijtima' Tolabah, perjumpaan dwi-mingguan bersama pelajar baru-baru ini. Menjaga imej sebagai seorang mahasiswa muslim yang mendalami ilmu Islam hendaklah dititikberatkan bagi menjaga keyakinan umat Islam terhadap institusi Islam, lebih-lebih lagi KUIZM yang dahulunya menjadi medan tarbiyah pejuang-pejuang terdahulu, ujar beliau yang juga pensyarah KUIZM.
Artikel lain...
- Panggilan Terakhir Pengambilan September 2011
- 24 September 2011 : Pendaftaran Mahasiswa Baru
- Jom Sertai Munajat Perdana PRU-13
- Kunjungi tapak jualan dan pameran KUIZM
- Majlis Iftor Eratkan Ukhuwwah
- Amanat Rektor sempena penutupan semester
- Presiden PAS memeriahkan Surau KUIZM
- Jelajah promosi ke negeri Jelapang Padi
- MAQTAR berjaya dilancarkan
- Kejayaan Sebagai Penentu Kewibawaan KUIZM - Rektor
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL
- «
- Mula
- Sebelum
- 1
- 2
- 3
- Seterusnya
- Tamat
- »































